For MenFor WomenTips & Advice

Adakah He’s or She’s The One? Korang Wajib Tanya Soalan Ini!

Persoalan he or she is The One ni bukan sahaja masa korang nak terima diorang sebagai pasangan hidup tetapi boleh jadi bila korang nak mulakan hubungan yang lebih serius. Yelah, buat apa nak ada serious relationship kalau dah tahu pasangan tu tak sesuai dengan korang. Dah boleh agak pengakhiran dia macam mana. So, kalau korang nak tahu he or she is the right one korang kena dengar saranan penasihat hubungan, Gurpreet Singh ni. Jangan risau, selitkan je soalan-soalan ni dalam perbualan korang untuk nampak natural. Ayuh mulakan!

Apa benda penting dalam hidup?

Korang kena tahu pasangan korang jenis yang macam mana dengan mengambil tahu keutamaan dalam hidup diorang. Keutamaan diorang ni boleh jadi karier diorang, tak pun wang ringgit ataupun keluarga. Cara korang tanya tu tak semestinya kena direct. Korang boleh bagi contoh situasi, cerita kawan korang atau nak lebih jujur lagi kongsi jawapan korang terus lepas tu buat-buatlah tanya pendapat pasangan korang pula.

Bagaimana dia berbelanja?

Soal kewangan ni sangat penting untuk korang selitkan dalam perbualan korang sebelum nak ada serious relationship. Jawapan kepada soalan ni sebenarnya dah memberi gambaran pasangan korang ni jenis yang macam mana. Bukan nak takutkan tapi sebab tertinggi hubungan yang tak bertahan lama ni salah satunya masalah kewangan. Jadi, penting untuk korang tahu cara pasangan korang berbelanja. Kalau dapat pasangan boros yang mana kontra dengan korang, sekurang-kurangnya korang tahulah apa nak buat. Tapi kalau dua-dua boros? Lepas tu, nafsu membeli pula sama naik? Tak jadi apa tau!

Dekat mana dia 5 atau 10 tahun akan datang?

Hah! Korang ingat masa nak interview kerja je ke akan dapat soalan macam ni. Masa nak ada serious relationship pun kena tanya tau. Tapi, objektif dia sama je. Biasanya majikan nak tahu korang ni sejenis orang yang berwawasan tinggi atau tak, orang yang berprinsip atau tak, orang yang organize ke tak. Macam tu juga objektif untuk pasangan kita. Korang nak ke hidup dengan orang yang tak fikir masa hadapan. Rasanya korang pun was-was dengan orang macam ni. Tak mungkin 10 tahun akan datang jawapan dia masih bekerja. Nak juga dengar jawapan dia dah ada keluarga sendiri, rumah sendiri atau kereta sendiri. Setidaknya dia ada terfikirkan korang untuk jadi sebahagian dalam hidup dia. Betul tak?

Baca juga : Ikuti Do’s & Don’ts Ini Kalau Nak Hubungan Korang Menjadi!

Apa minat atau hobi dia?

Tipulah kalau masa mula-mula kenal dulu korang tak tanya soalan ni. Tak salah nak tanya sekali lagi. Mana tahu minat atau hobi dia dah bertukar angin. Tapi tak perlu terasa hati kalau minat atau hobi pasangan tak sama dengan korang. Jaranglah sis dengar orang putus sebab minat atau hobi tak sama. Kalau sama tu bonus. Kalau tak sama, korang boleh berkongsi dan bertukar minat. Contohnya, pasangan korang kaki hiking jadi inilah masa untuk support dia pergi hiking sama-sama. So, sekarang korang dah tahu kan pasangan korang habiskan masa lapang dia macam mana.

Siapa kawan baik dia?

Orang kata nak berkawan kena pandai pilih. Tersalah pilih kawan kacau jadinya. Soalan ni pun penting untuk korang tahu. Katakanlah terjadi benda-benda yang tak diingini kepada pasangan korang, at least korang tahu nak cari siapa selain keluarga dia. Bukan tu je, dari sini korang boleh tahu maklumat extra. Korang boleh tanya apa yang dibualkan dengan kawan-kawan dia, dekat mana diorang suka lepak lepas tu kaitkan dengan cerita korang dan kawan baik korang pula. Konsep dia senang je. Kalau pasangan dah bagi maklumat, korang pun sama. Jangan asyik dia je, takut nanti pasangan rasa suspicious atau tuduh korang ni clingy.

Apa dia buat bila ada masalah?

Setiap orang tak lari daripada masalah. Apa yang penting sebenarnya macam mana seseorang tu mengatasi masalah tersebut. Korang kena tahu sama ada pasangan korang ni sejenis yang beremosi bila ada masalah atau sejenis yang matang saat berdepan dengan masalah. Kalau dia sejenis yang suka marah-marah, ambil tahu bagaimana cara dia bertenang. Tak ada masalah kalau dia perlukan masa untuk bersendirian tapi sis tak naklah korang dapat pasangan yang panas baran tak bertempat. Silap-silap hari bulan korang pula dijadikan tempat dia lepaskan kemarahan. Harap-harap dijauhkan ye!

Kadang-kadang dalam hidup ni instincts korang pun dah boleh bagitahu sama ada he or she is the one. Korang hanya perlu belajar dengar suara hati dan percaya dengan penelitian korang je. Tumpukan perhatian terhadap setiap tindakan pasangan korang dan apa yang korang rasa masa tu. Mungkinkah rasa bahagia? Aceceh! So mana yang belum jumpa ‘the one’ tuh bolehlah join Cintaku okay! Confirm tak lama lagi jumpalah cinta korang.

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *