For MenTips & Advice

Lelaki Lebih Tertarik Dengan Wanita Berusia. Betul ke?

Sudah menjadi adat dalam memilih pasangan yang ideal, faktor usia sering diutamakan. Ada yang suka pasangan yang lebih tua darinya, lebih muda dan ada juga suka pasangan sebaya. Kalau korang nak tahu, kebanyakan lelaki lebih tertarik dengan wanita yang berusia darinya. Ala korang boleh tengok banyak selebriti tempatan dan antarabangsa yang berkahwin dengan wanita yang lebih berusia seperti Zain Saidin, Fattah Amin, Hugh Jackman dan banyak lagi. Agaknya apa yang membuatkan diorang terpaut? Ini antara sebabnya!

Berfikiran matang

Orang tua kita selalu pesan kalau nak kahwin kena matangkan diri dulu. Macam tu jugalah dalam mencari pasangan. Lelaki sukakan wanita berusia sebab diorang ni lebih matang berbanding wanita muda. Wanita berusia dikatakan lebih berpengalaman dan mempunyai hala tuju hidup yang jelas dan tahu bagaimana untuk mencapainya. Misalnya, kalau korang bergaduh sekalipun diorang ni lebih cool dan menjadi pendengar yang baik serta mudah dibawa berbincang tanpa melibatkan emosi. Well, lelaki ni suka benda-benda yang simple tak macam wanita muda yang kebanyakannya complicated. Kalau korang jenis banyak karenah dan suka serabutkan lelaki alamatnya memang kena tinggal!

Baca juga: Adakah He’s or She’s The One? Korang Wajib Tanya Soalan Ini!

Kerjaya yang stabil

Wanita yang berusia ini memulakan kerjaya lebih awal dan lebih stabil berbanding wanita muda seiring dengan usianya. Macam orang selalu cakap orang yang berusia ni lebih banyak makan garam, betul tak?Diorang sedia menjadi penasihat utama sekaligus membantu korang dalam hal kerjaya. Bukan itu sahaja, wanita berusia ni lebih memahami erti betapa susahnya untuk mencari rezeki atau mendapatkan duit. Sebab tu diorang jarang minta lelaki belikan sesuatu bila keluar dating. Silap-silap diorang yang belikan lelaki macam-macam tau. Sis rasa once lelaki kahwin dengan wanita macam ni confirm korang akan saling tolong-menolong kalau ada masalah terutamanya dari segi kewangan. Bak kata orang saling melengkapi!

Berperwatakan menarik

Ramai lelaki bersetuju bahawa wanita berusia ni kelihatan menarik sama ada dari penampilan atau personalitinya. Kalau korang nak tahu, wanita semakin berusia semakin hot tau! Style diorang biasanya bersesuaian dengan usia diorang. Lelaki suka tengok wanita dengan gaya yang less is more. Kalau nak dilihat personaliti pula, diorang lebih pandai membawa diri. Daripada cara diorang bergaul dengan orang sekeliling nampak lebih disenangi. Tak kisahlah dengan orang tua atau kawan korang, semua diorang boleh sesuaikan diri. Lebih lagi bila tengok diorang dengan bakal mertua boleh ‘ngam’, makin tertambatlah hati si lelaki.

Baca juga: Tujuh Petanda Bahawa Si Dia Kaki Cemburu

Garang tapi manja

Wanita yang lambat berkahwin ni biasanya memiliki sifat yang garang. Garang hanya pada luaran je sebenarnya! Sebab diorang ni dilihat terlalu berdikari sampaikan lelaki pun takut nak mendekati. Tapi kalau korang dah mula kenal, persepsi korang terhadap mereka ini akan bertukar menjadi seorang yang comel dan manja. Walaupun bercinta dengan diorang ni nampak macam adventurous tapi diorang lebih suka kalau lelaki yang lead relationship. Paling penting, diorang ada sifat keibuan yang tersembunyi dan korang akan nampak sisi manja diorang sedikit demi sedikit melalui sifat ni. Kalau nak tengok bawa jumpa anak buah korang cepat-cepat, tengok macam mana dia layan budak. Risau esoknya korang terus ajak nikah.

Kalau dahulu trend lelaki berkahwin dengan wanita muda adalah sesuatu yang normal. Kini, trend tu dah mula berubah kerana lelaki sudah tidak lagi kisah atau pentingkan soal angka. Apapun, korang kena ingat nak dapatkan pasangan yang terbaik tu kenalah seiring dengan usaha. Antara usaha yang korang boleh cuba ialah untuk join Cintaku. Nak join Cintaku mudah je daftar dan lengkapkan profil lepas tuh korang boleh terus chat. Apa lagi download Cintaku cepat.

Oleh Amira Razali

Tags:
2 comments
  1. haha. aku mmg suka perempuan yg lebih tua. cuma kenapa gaya penulisan mcm lain sikit? mungkin aku je rasa mcm ni.

  2. ni mmg penulis tulis ke kena edit sebab xkonsisten..kjp diorang kjp mereka…overall aku suka topik ni but previous pny lagi sampai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *