Tips & Advice

Ragu-Ragu Untuk Mulakan Hubungan? Ini Sebabnya!

Setiap orang pasti mahu diri disayangi oleh yang tersayang. Ada juga yang hanya mahukan perhatian semata-mata. Namun, tak semua orang bebas dari perasaan takut ketika ingin menjalinkan hubungan semula. Rasa ragu wujud kerana kisah silam yang mungkin menghantui korang sehingga kini. Tapi jika terlalu memikirkan masa lampau sebelum mencuba sesuatu pun tak boleh juga. Mungkin jalan cerita korang hari ni tak berapa indah tapi tak bererti jalan cerita esok pun sama. Agaknya apalah yang ditakutkan sangat tu ya? Jom selami sama-sama.

Trauma dengan hubungan lama

Ketakutan ini sangat umum dirasai oleh semua orang tak kiralah lelaki atau wanita. Lebih-lebih lagi kalau hubungan korang sebelum ni kecundang ditengah jalan. So, bila nak mulakan hubungan yang baru memang susahlah. Trauma gitu! Tapi, jangan terlalu takut sampai korang fobia untuk jatuh cinta pula. Itu dah jadi penyakit Philophobia namanya. Nasihat untuk korang, untuk hubungan yang akan datang jangan invest 100% cinta korang tu. Simpan sikit untuk diri sendiri supaya kalau hubungan tak menjadi sekalipun tak adalah kecewa sangat.

Baca juga: Tidak Perlu Takut Untuk Bercinta Semula

Takut akan kehilangan

Tahu tak rindu pada orang yang masih ada tak sesakit rindu pada orang yang telah meninggal dunia? Kebanyakan orang yang ada sejarah percintaan macam ni, susah sikit nak buka pintu hati semula terutama jika pasangan pergi secara mengejut. Yela, kalau korang tahu mesti korang akan luangkan masa untuk meniti hari-hari terakhir bersama. Walaupun korang ragu-ragu sekiranya akan kehilangan buat kali kedua, korang kena ingat soal hidup dan mati ni siapalah kita untuk tahu semua tu. Sis yakin, orang yang sudah tiada tu pun tak mahu tengok korang bersedih selamanya. Kita yang hidup kenalah teruskan kehidupan. Kita masih punya keluarga bukan? Apa yang penting beri masa untuk diri korang pulih. Suatu saat nanti korang sendiri akan buka mulut untuk kongsikan dengan pasangan baru. You can do this!

Bertepuk sebelah tangan

Korang mesti pernah ada crush kan? Mesti selalu berharap agar diorang balas perasaan korang tu. Haha! Tapi sis yakin, ramai lagi kat luar sana yang masih kumpul kekuatan untuk berterus-terang dengan crush korang. Ada yang tunggu sampai bertahun-tahun siap stalk hari-hari apa crush korang buat hari ni. Come on guys, kenapa perlu buang masa? Asalkan crush korang tu bukan suami atau isteri orang, you should go for it! Selagi korang tak luahkan mana nak tahu jawapannya. Kalau cinta korang berbalas, seriously korang sangat beruntung. Kalau sebaliknya, inilah masanya untuk move on. Hello, tak penat ke jaga jodoh orang?

Tak ready nak ada ‘komitmen’

Percaya atau tak, bila dah terlalu selesa sangat makan seorang, tengok wayang seorang, jalan-jalan pun seorang korang jadi tak biasa nak terima kehadiran orang baru dalam hidup korang. Bagi korang situasi ni dah macam komitmen yang korang kena bayar bulan-bulan sebab tu rasa ragu masih ada bila nak mula hubungan semula. Kalau muda lagi, tak salah wujud rasa tak ready tu. Tapi kalau korang dah mencecah satu tahap umur yang memerlukan isteri atau suami bukan lagi teman wanita atau teman lelaki, bawa-bawalah berbincang dengan keluarga. Sampai bila korang nak hidup seorang? Sakit pening korang nanti siapa nak jaga? Cuba belajar ya!

Baca Juga: Ikuti Do’s & Don’ts Ini Kalau Nak Hubungan Korang Menjadi!

Kesimpulannya setiap orang punya jalan cerita masing-masing. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan tak semua orang suka untuk mengekspresikannya. Tahun 2021 ni cukup-cukuplah salahkan orang sebaliknya cuba faham orang lain dengan cara empati. Semoga dengan cara ni, perjalanan cinta korang berjalan lancar. Jadi inilah masa nak download Cintaku yang kini boleh korang cari kat App store dan juga Google Play. Ya korang tak salah baca. Pengguna Android dah boleh guna Cintaku ya! Mana tahu ada orang ajak kahwin lepas ni? Well, jodohkan rahsia. 

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *