For MenFor WomenTips & Advice

Tidak Perlu Takut Untuk Bercinta Semula

Cinta pertama sememangnya manis namun ia juga boleh menjadi pahit jika ia terputus di tengah jalan dan meninggalkan kesan pada diri kita untuk memulakan proses bercinta semula. Lebih memedihkan jika cinta pertama itu bersatu di jinjang pelamin tetapi tidak berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tetapi, itu tidak bermaksud anda perlu takut untuk belajar bercinta untuk kali kedua.

Cinta Kedua sering hadir tanpa dipinta. Namun tidak bermaksud anda tidak perlu mencarinya. Teknologi sudah semakin canggih dan tiada batasan. Tiada lagi perumpamaan ‘Seperti Perigi Mencari Timba’ untuk mereka yang mahu mencari cinta. Namun jangan terlalu terburu-buru. Cintaku kongsikan tip pulihkan keyakinan diri untuk bercinta semula.

Baca juga: Adakah He’s or She’s The One? Korang Wajib Tanya Soalan Ini!

Bertemu Dengan Orang Baru

Selepas berpisah, ramai yang mengambil keputusan untuk memberi masa pada diri. Sebaliknya adalah lebih baik jika bertemu dengan orang baru dan cuba berkawan. Daftar di Cintaku dan mula bersosial. Tidak perlu menghadkan diri untuk berkawan. Keluar berjumpa dengan seramai yang mungkin. 

Apabila bertemu dengan orang baru, anda boleh belajar mengenali mereka dan berkongsi tentang diri anda juga. Ia sedikit sebanyak membantu anda untuk membuka hati menerima pasangan baru dan memudahkan diri untuk ‘move on’. Apabila tiba masanya nanti, anda sendiri akan mengetahui siapa di antara mereka yang paling tepat untuk anda. 

Lupakan Balas Dendam

Apabila seseorang mengalami patah hati, mereka lebih cenderung menjadi pendendam. Ya, bukan mudah untuk membuang perasaan marah dan sedih. Namun berdendam bukanlah jalan terbaik untuk melupakan seseorang. Cara terbaik adalah tunjukkan bahawa anda gembira selepas berpisah dengannya. Ini adalah balas dendam terbaik yang boleh anda lakukan. Pasti bekas kekasih anda menjadi tidak keruan melihat anda bahagia tanpa dirinya.

Nilai Diri Anda Semula

Semua orang perlu memiliki matlamat dalam hidup.Lebih lagi jika anda hilang arah tuju selepas putus cinta.Berikan diri anda matlamat dan set masa yang sesuai untuk anda capai apa yang anda inginkan. Apabila anda mempunyai misi untuk dicapai dan dalam pada masa yang sama mampu membantu memperbaiki diri anda ke arah yang lebih baik. 

Baca juga: Online Dating: Red Flag! Elak Jika Jumpa Lelaki Jenis Ini

Seperti contoh anda boleh mula membaca, bergaul dengan rakan yang terpelajar dan menjaga kesihatan mental dan fizikal anda. Buat sesuatu yang menjadikan anda lebih baik dari sebelumnya. Apabila tiba masanya, anda sendiri mungkin terkejut melihat perbezaan yang berlaku pada diri sendiri dan mungkin boleh membuka semula hati untuk bercinta lagi. Bagi mereka yang ingin mula mencari cinta semula, Cintaku ada jawapannya. Log masuk sekarang.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *