For MenFor WomenTips & Advice

Tujuh Tanda Utama Si Dia Kaki Cemburu

Proses memilih dan mencari pasangan bukan satu proses yang mudah. Pelbagai perkara perlu diambil kira supaya tidak menyesal di kemudian hari. Namun jika sudah ditakdirkan jatuh cinta tiada semuanya tampak indah di mata. Salah satu perkara yang boleh mengoyahkan hubungan adalah sifat kaki cemburu yang terbit dalam diri.

Antara perkara penting dalam sesuatu hubungan ialah kepercayaan. Jika tidak wujud kepercayaan dalam hubungan kamu, maka akan timbulah rasa tidak percaya kepada pasangan dan akhirnya muncul sifat cemburu dalam diri mereka.

Baca juga: Lima Hint Perempuan Suka Lelaki Dalam Diam

Sifat kaki cemburu yang melampau boleh menyebabkan hubungan anda bersama pasangan terganggu. Oleh itu, sifat kaki cemburu ini tidak boleh dibiarkan dan ia perlu dirawat agar hubungan anda bersama pasangan tidak bergelora. Berikut adalah tujuh tanda bahawa pasangan anda memiliki sifat kaki cemburu.

1.  Sering mempersoalkan dan mengawal gerak-geri serta apa jua aktiviti pasangan.

2.  Menyelongkar barangan pasangan tanpa kebenaran.

3.  Menghalang pasangan daripada mempunyai hubungan sosial yang dirasakan mampu menggugat kebahagiaan. Contohnya, meluangkan masa dengan hobi atau rakan.

4.  Sering menyalahkan pasangan apabila tercetus pergaduhan atau timbulnya isu kaki cemburu buta ini.

5.  Media sosial, whatsapp dan telefon pintar pasangan dipantau serta diselongkar untuk mencari bahan bukti wujudnya ancaman terhadap hubungan mereka.

6.  Individu menafikan mereka mempunyai personaliti tidak rasional dan cemburu buta.

7.  Peringkat yang lebih serius iaitu timbul ancaman dan ugutan sama ada untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Jika ini wujud dalam diri si dia, cuba untuk bertenang dan berbincang mengenai perkara ini. Jika tidak anda dan pasangan boleh berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Selesaikan dengan segera agar tidak memudaratkan diri dan hubungan anda.

Bagi mereka yang belum mempunyai aplikasi Cintaku, jangan lupa muat turun sekarang di Apple Store dan mendaftar. Inilah saatnya untuk mula mencari pasangan yang mampu membahagiakan kamu di masa hadapan.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *