For MenFor WomenTips & Advice

Enam idea ‘Virtual Date’ Boleh Cuba Kala Covid-19

Koronavirus atau lebih dikenali Covid-19 yang muncul pada hujung tahun 2019  telah banyak mengubah kehidupan manusia. Aktiviti sosial, melancong dan pelbagai lagi terpaksa dikurangkan dan dihentikan. Malah keperluan memakai penutup muka sepanjang masa sudah dianggap biasa bagi mengelak dijangkiti virus pembunuh ini.

Ia juga memberi impak kepada mereka yang sedang bercinta. Kala PKP, PKPB dan PKPP melanda seluruh negara, sudah pasti kamu risau bagaimana untuk berjumpa dan keluar dating bersama pasangan. Namun jangan biarkan Covid-19 menyebabkan hubungan kamu bersama pasangan menjadi hambar dan suram. Cuba hangatkan semula perhubungan kamu dan dia dengan mencuba enam konsep ‘virtual date’ ini.

Baca juga: Lima Kelebihan Cari Pasangan Guna ‘Dating Apps

Coffee Date Melalui Panggilan Video

Ini adalah antara temu janji virtual paling mudah untuk dilakukan. Sama ada kamu berkunjung ke kafe kegemaran kamu atau hanya menikmati pilihan minuman seperti kopi dalgona buatan sendiri di rumah bertemankan panggilan video si dia sudah pasti menjadikan hari kamu lebih baik. Sambil menikmati minuman, kamu boleh berbicara mengenai hubungan kamu bersama dia.

Bersiar-siar di Taman Bersama Si Dia Melalui Panggilan Telefon.

Jika sebelum ini kamu berdua gemar keluar bertemu janji di taman dan hanya bersiar-siar tanpa tujuan, kamu masih boleh melakukannya dari jauh.

Cukup hubungi satu sama lain atau panggilan video jika anda mahu, kamu dan si dia boleh berjalan sambil menikmati tempat kenangan kalian sebelum pandemik Covid-19 berlaku. Tetapi jangan lupakan jaga penjarakkan sosial dan memakai penutup muka.

Memasak Bersama Melalui Skype

Ada sesuatu yang romantik apabila memasak dengan pasangan kamu. Tetapi hanya kerana kamu tidak dapat melakukannya bersama, ia tidak bermaksud kalian tidak dapat menikmati makan malam bersama.

Tetapkan telefon dengan panggilan video atau gunakan Skype pada komputer riba dan kemudian pilih makanan kegemaran kamu. Kalian boleh berbual dan minum sambil menyiapkan makan malam dan jika punya masa kamu juga boleh duduk dan menikmati makan malam bersama.

 Menonton Filem di Netflix Bersama Melalui Teleparty

Pada awal tahun lepas, Netflix telah mencipta ciri Netflix Party yang kemudian dijenamakan semula sebagai Teleparty untuk membolehkan pengguna menonton filem bersama. Mereka turut menambahkan ciri sembang bagi pengguna untuk berbual sambil menonton.

Oleh itu, kamu boleh menganggap ia sebagai janji temu kalian dan menonton filem kegemaran bersama si dia tanpa sebarang masalah.

Bersenam Bersama di Zoom

Sekiranya kamu berdua fanatik dalam bersenam mengapa tidak mengatur workout date bersama? Kamu boleh mengambil bahagian dalam kelas bersenam dalam talian bersama atau mengatur rutin kamu berdua sendiri dengan menggunakan YouTube.

Apabila dapat melihat satu sama lain dan melakukan senaman bersama, ia mampu menjadi motivasi untuk kalian meneruskannya sehingga habis.

Pesan Makanan Luar Untuk Satu Sama Lain

Memesan makanan luar, makan dan menonton filem bersama — sepertinya date night yang sempurna. Oleh itu, mengapa tidak memesan makanan buat satu sama lain dan kemudian duduk untuk janji temu di Zoom?

Ia bukan sahaja cara terbaik untuk menunjukkan kalian menjaga satu sama lain, tetapi memberi kejutan yang menggembirakan ketika makanan muncul. Selain itu, ia boleh menjadi permulaan perbualan yang baik dan kamu boleh belajar mengenali cita rasa si dia dalam memilih makanan buat kamu dan sebaliknya.

Buat mereka yang belum bertemu pasangan untuk melakukan aktiviti virtual date ni, boleh muat turun aplikasi Cintaku sekarang dan mendaftar. Kemudian Chat. Meet. Go Halal.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *