For MenFor WomenTips & Advice

Peluang Kedua, Layakkah Pasangan Korang Dimaafkan?

“Maaf, andai kau terluka pintaku hanya peluang kedua…” Hah memang kena sangat lagu Nabila Razali ni dengan tajuk sis. Bersabar dan memaafkan mungkin menjadi kunci agar sesebuah perhubungan itu bertahan lama. Ada masanya korang buat salah dan ada kalanya pasangan korang yang bersalah. Kalau kesabaran tu sudah sampai tahap kemuncak, korang mesti berkira-kira sama ada nak maafkan dan beri peluang kedua atau berpisah sahaja. Nanti dulu geng, kalau ada enam perkara ni maka diorang layak mendapat peluang kedua.

Kesalahan kecil

Bergaduh tu bergaduh juga tapi tengok dulu kesalahan tu besar ke kecil sampai korang ambil keputusan untuk putus. Janganlah hanya sebab tak dapat makan cendol korang nak merajuk sampai bergaduh terus putus. Kalau ikutkan perasaan marah memang macam-macam ayat dan ungkitan boleh keluar dari mulut korang tu. Tapi, wajar ke pasangan korang jadi mangsa keadaaan? Untuk kesalahan kecil macam ni memang layaklah diorang dapat peluang kedua. Lebih-lebih lagi bila pertama kali korang bergaduh besar untuk kesalahan kecil atau remeh macam ni. Jangan terburu-buru, takut kerana mulut badan binasa. Nanti menyesal di kemudian hari tak beri diorang peluang kedua.

Baca juga: Betul Ke Tak Salah Berkawan Dengan Ex? Ini Sisi Positifnya!

Terima kesalahan

Pernah tak bila bercakap dengan pasangan, korang tersinggung lepas tu mendiamkan diri tapi pasangan korang tak sedar pun yang korang terasa hati? Kalau pernah maknanya pasangan korang seorang yang kurang peka dengan keadaan. Korang akan selalu alami situasi dimana korang tiba-tiba marah, merajuk, kecewa dengan sesuatu tapi pasangan korang tak faham apa masalahnya. Cuba korang berterus-terang tentang perasaan korang masa tu. Kalau pasangan korang terima sekaligus meminta maaf, diorang layak mendapat peluang kedua.

Kata-kata seiring dengan tindakan

Jangan cepat sangat membuat kesimpulan dan mengakhiri hubungan, beri masa kepada pasangan korang. Bila pasangan korang buat salah dan segera meminta maaf serta berjanji untuk berubah beri diorang masa untuk buktikan. Kalau tindakan diorang sama dengan kata-kata atau janji yang ditaburkan, ini adalah petanda yang baik. Hargai usahanya sebab nampak gayanya diorang betul-betul sayangkan korang. Tak salah rasanya memaafkan dan beri diorang peluang kedua bukan?

Sama-sama sayangkan hubungan

Pasangan korang layak dapat peluang kedua kalau korang sendiri pun sayang nak lepaskan hubungan tu. Kalau pasangan korang beria-ia minta maaf bila dah terbuat salah, itu maknanya dia pun sayang dengan hubungan korang. Jangan jual mahal dan buang masa. Takut bila dah putus nanti baru nak menyesal. Masa tu dah tak guna dah. Cuba fikir dulu perkara-perkara manis yang pasangan korang buat sebelum ni. Jangan kerana satu kesalahan terus lupa sepuluh kebaikan diorang. Maafkan sahaja dan beri peluang kedua supaya hubungan korang lebih bahagia dan sihat okey.

Dengar kata hati

Bila emosi tak stabil macam-macam persoalan akan muncul dekat kepala. Kadang bila korang berkongsi cerita, korang akan rasa dunia ibarat menentang korang. Normal lah ada orang sama pendapat dan ada orang pendapatnya berbeza. Jangan serabut sangat. Masa tu, korang hanya perlu percaya dan dengar kata hati korang. Mana tahu dengan peluang kedua yang korang bagi pada pasangan korang tu boleh mengubah diorang menjadi lembaran baru.

Baca juga: Kembali Romantik, Ini Lima Idea Yang Boleh Korang Cuba

Apapun, semua orang layak untuk dapat peluang kedua. Cuma, keputusannya terletak pada tangan masing-masing. Kalau korang rasa pasangan korang tu berbaloi untuk diberi peluang kedua, silakan. Tapi kalau sejenis yang hari ini minta maaf lepas tu esok buat balik memang ‘meminta’ sangat kan. Cakap dekat diorang, tu bukan peluang kedua lagi dah. Tu namanya peluang untuk korang cari pasangan baru dekat cintaku. Let’s go!

Tags:
One comment
  1. I want future wife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *