Tips & Advice

Kembali Romantik, Ini Lima Idea Yang Boleh Korang Cuba

Pasangan romantik sape je yang tak suka. Setiap orang mesti ada cara tersendiri untuk jadi romantik dan bina hubungan supaya tak jadi bosan dengan pasangan. Yelah, masa awal-awal bercinta siapa je yang tak bersungguh-sungguh nak memenangi hati pasangan masing-masing. Tapi, kalau hubungan korang dah mencecah usia dua tahun mesti korang rasa macam dah ketandusan idea nak jadi romantik kan? So, apa kata korang cuba lima idea kreatif ni untuk jadikan hubungan korang menarik dan lebih romantik. Ready?

Kirimkan warkah cinta melalui pos

Buat perkara yang bukan kebiasaan sebenarnya boleh jadikan korang seorang yang romantik dimata pasangan. Menulis kata-kata cinta memang nampak macam biasa tapi kalau korang warkahkan dalam bentuk surat melalui ‘abang posmen’ itu baru luar biasa romantik. Zaman sekarang ni nak cakap ‘I love you’ pun korang minta tolong Whatsapp. Cuba ambil inisiatif zaman dahulu tapi berikan sikit nafas baru. Bayangkan diorang baru je keluar dengan korang, tiba-tiba balik rumah terima surat romantik daripada korang. Nampak tak elemen surprise dekat situ. Ini barulah namanya effort! Lepas tu, diorang akan telefon atau mesej cakap “Aww, so sweet!, itu tandanya tahap sayang dengan keyakinan diorang dah makin meningkatlah tu.

Baca juga: Ikuti Do’s & Don’ts Ini Kalau Nak Hubungan Korang Menjadi!

Luah kata-kata sayang dalam bahasa asing

Cuba guna bahasa asing selain bahasa Inggeris yang korang selalu guna tu. Tak kisahlah korang nak guna bahasa Korea, Jepun, Thailand atau Perancis sekalipun. Belajar lah at least lima ayat. Sekali sekala korang gunakan ayat-ayat ni dekat pasangan korang mengikut kesesuaian dan suasana. Mesti diorang akan tertanya-tanya maksud dan korang tolonglah terjemahkan. Nak nampak lebih romantik, biar pasangan korang buat homework sikit. Nampak macam leceh tapi bila diorang dah tahu makna confirm berbunga-bunga punyalah. Rasanya kalau ayat-ayat tak baik laju je korang menghafal, ayat-ayat simple macam ni mesti lagi ‘terer’ punya. Good luck ye!

Ajak pergi ke tempat yang penuh kenangan

Bila korang ajak pergi ke tempat-tempat romantik macam ni, diorang akan rasa diri diorang tu istimewa sebab korang mahu berkongsi cerita. Dari sini jugalah diorang dapat mengenali korang dengan lebih dekat. Manalah tahu selama ni korang ada rahsia yang korang tak pernah ceritakan pada sesiapa. Misalnya, tentang asal usul atau seseorang yang penting dalam hidup korang. Sedar tak sedar korang dengan pasangan dah cipta satu kenangan baru bersama. Lebih-lebih lagi kalau tempat tu memang cantik dan boleh menaikkan suasana romantik. Memang ‘ngam’ sangat. Tapi ingat! Jangan pula korang ajak diorang pergi tempat kenangan korang dengan ex korang, itu bala namanya.

Bermain game bersama

Bermain game seperti jenga, quiz atau truth or dare akan jadi sangat best bila bersama pasangan. Tapi, untuk jadikan permainan ni lebih romantik korang kenalah buat taruhan. Misalnya, siapa yang kalah kena masak makanan tengah hari atau buat aktiviti lasak yang menakutkan. Nak kreatif lagi korang sediakanlah ‘kupon’ yang berisi dengan permintaan korang. Yang kalah kena cabut satu kupon dan kena kotakan permintaan tu. Nak luangkan masa bersama tak perlu keluarkan wang ringgit pun, cukup sekadar korang chill dekat taman rekreasi dan main game macam ni. Nanti adalah tu golongan yang sejenis buat-buat kalah gara-gara sayang punya fasal. Orang kata bila tengah hangat bercinta ni, tak ada yang lebih membahagiakan daripada melihat orang yang korang cinta gembira. Gitu!

Kejutan ditempat kerja

Kadang hal-hal kecil macam ni bagi pasangan korang sungguh bermakna tau. Jangan korang datang masa diorang tengah serabut dengan kerja. Nanti tak fasal-fasal bergaduh tak pun ada kawan sekerja yang membawang pula. Rasanya masa yang paling sesuai nak bagi kejutan ialah lunch hour. Korang boleh bawakan sesuatu masa ni. Chocolate, dessert atau coffee yang diorang suka. Kalau namanya pun bercinta mesti tahu apa yang diorang suka dan apa yang tak suka, betul tak? Kalau korang ada masa yang cukup mungkin boleh buat picnic kecilan. Maksudnya korang pun lunch sekalilah dengan diorang barulah romantik. Mana tahu diorang tengah stres dengan kerja so korang boleh dengar. Sedikit sebanyak boleh legakan diorang. Baru terkesan beb!

Baca juga: Enam idea ‘Virtual Date’ Boleh Cuba Kala Covid-19

Apapun, nak bercinta pun kena ada kreativiti tau. Bukan apa, nak menjamin perhubungan korang dimasa mendatang juga. Korang bukan sekadar dapat luahkan perasaan korang secara tersirat tapi dapat buat diorang rasa istimewa dengan tindakan-tindakan ni. Sesiapa yang dah belajar ayat-ayat romantik dalam bahasa asing tapi masih tak ada calon, jangan risau dekat Cintaku confirm boleh dapat satu.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *