For Women

Kawan Baik Lelaki Sukakan Korang, Take Note Tanda Ini Girls!

“Lelaki dengan perempuan mana boleh berkawan baik, nanti salah seorang akan jatuh cinta?” Ayat atas ni macam dah biasa sangat dengar. Tak dinafikan sebenarnya sebab setiap hubungan cinta tu kan bermula dari sebuah ikatan persahabatan. Daripada situ korang kenal baik buruk seseorang. Tapi girls, pernah tak korang berada dalam situasi dimana kawan baik lelaki sukakan korang atau korang sebenarnya dah mula ‘hidu’ tapi sengaja menafikannya? Let’s check this out, kalau tanda-tanda ni ada pada kawan baik lelaki korang.

Eye contact! Eye contact! Eye contact!

Dah nama pun kawan baik mestilah akan selalu lepak bersama. Mustahil kalau hanya ada satu je kawan baik dalam hidup korang. Paling tidak mesti ada kawan baik dalam bentuk kumpulan dan salah satunya ialah kawan baik lelaki korang ni. Dari bahasa tubuh korang boleh rasa kalau seseorang tu sukakan kita ataupun tak. Nak tahu macam mana? Melalui pandangan matalah sis! Korang boleh perhati gelagat kawan baik lelaki korang. Biasanya, diorang cenderung untuk pandang korang berkali-kali berbanding kawan yang lain. Tak kisahlah masa korang tengah bercakap, minum, ketawa, atau balas text someone bawah meja pun diorang perasan tau. Mata manusia susah nak menipu. Kalau berlaku pergaduhan antara korang dengan pasangan suatu hari nanti, pandang je mata diorang. Hello lelaki, jom lawan mata. Ada ‘bran’?

Cemburu tak bertempat

Korang ada crush cemburu, korang ada teman lelaki pun cemburu even korang ada kenal kawan lelaki baru pun cemburu. Apa hal! Mungkin diorang tak tunjuk tapi rasanya korang dah boleh agak kelakuan diorang. Contohnya, bila korang ada crush diorang akan cakap benda tak elok tentang crush korang padahal diorang tak kenal pun. Bila korang ada teman lelaki dan setiap kali korang nak keluar dating, masa tu lah bff lelaki korang ni ajak keluar sebab ada hal ‘hidup dan mati’ tapi sebenarnya hal tak penting pun. Bila korang ada kenal kawan lelaki baru pula ada je yang tak kena. Bukan apa, diorang tak nak ‘tempat’ diorang hilang pada masa yang sama takut korang jatuh cinta pada kawan lelaki baru tu. Tak sempat diorang nak confess dah kena rembat dengan orang lain. Frust lah diorang.

Baca juga: Tujuh Tanda Utama Si Dia Kaki Cemburu

Tak tengok phone

Apa perasaan korang kalau dapat lepak dengan orang yang korang suka? Seronok sudah semestinya! Kalau bff lelaki lepak dengan orang lain, diorang ni asyik tengok phone tapi bila lepak berdua dengan korang lain gila. Apa yang special sangat korang ni? Sebenarnya diorang tak nak masa yang diluangkan bersama korang disia-siakan. Sedar tak bila weekend, masa terasa kejap sangat tapi bila weekday sehari tu ibarat setahun lamanya. Macam tu juga bila habiskan masa dengan orang yang korang suka, baru duduk kejap tahu-tahu dah malam. Lagi obvious, bila cerita yang bosan pun diorang rasa seronok macam tengok filem blockbuster. Masa tu jangan slow sangat sis, come on lah!

Kerap usik yang bukan-bukan

Adatlah usik-mengusik antara kawan baik tapi kalau usikan tu macam tak pernah diorang buat, orang kata ‘buang tabiat’ so dah boleh rasa suspicious kot. Kalau dulu bila borak dengan kawan-kawan topik relationship, kawan baik lelaki korang akan komen yang tak berkaitan langsung pun dengan korang. Tapi lately ni, kerap pula dia cakap “kau jelah dating dengan aku”, “aku tunggu kau” atau “kau jelah jadi gf aku”. Kalau korang jenis tak hiraukan jawapan dia tak apa. Tapi kalau korang yang jenis menjawab balik ni? Percayalah, mesti jawapan diorang selepas itu “aku main-main je”. Well, bukan nak kata apa tapi orang kata 90% daripada gurauan tu sebenarnya niat sebenar seseorang tau.

Tak minat dengan perempuan lain

Katakanlah kawan baik lelaki korang sejenis kalau korang keluar lepak perempuan lain mesti akan pandang. Tu maksudnya kawan baik korang ni memang ‘elok’ lah ye. Tapi once hati diorang dah set dekat korang, confirm diorang akan cakap yang diorang tak berminat dengan perempuan lain. Even korang sendiri nak kenalkan dekat kawan perempuan yang lain pun dia tak berminat. Just in case, diorang bagitahu ada sukakan seseorang, sis rasa as kawan baik mesti korang tahu siapa seseorang tu. Tapi kalau korang tak tahu, better ambil tahu. Biasanya kawan baik tak kira lelaki atau perempuan, diorang mudah mesra dengan siapa pun kawan kita. Tapi kalau macam ni sesuatu sangat! Sis takut seseorang tu sebenarnya korang pula. Rumit jadinya. Lainlah kalau diorang minat dengan lelaki. Eh?!

Baca juga: Lelaki Berhenti Text Secara Tiba-Tiba, Kenapalah Agaknya?

Bandingkan kekasih

Ini pula kalau kes kawan lelaki korang tu dah ada kekasih tapi rupanya cinta dia dah beralih arah. Bila jadi macam ni diorang akan kerap cari korang bila ada masalah dengan kekasih hati. Lepas tu mulalah membandingkan korang dengan kekasih diorang. Of course, semua yang baik-baik akan dapat kat korang. Bahaya tau! Lagi bahaya kalau kawan baik lelaki korang ni dah mula cerita segala hal tentang kekasih hati dekat korang. Bukan setakat cerita gaduh diorang je, financial kekasih, keluarga kekasih, perangai buruk kekasih pun cerita. Pada sis, kalau dah sampai tahap macam ni why not diorang putus je dengan kekasih diorang. Untuk apa cerita semua benda dekat korang. Nak tagih simpati? Alasan nak jumpa dengan korang atau diorang harapkan sesuatu daripada korang? Awas ya!

Apapun, sis harap korang tak larikan diri kalau kawan baik lelaki korang sukakan korang. Kalau korang punya perasaan yang sama, teruskanlah hubungan tu ke fasa seterusnya. Tapi kalau sebaliknya, sebaiknya berterus-terang. Korang mesti tak nak persahabatan korang jadi awkward atau hilang kawan baik hanya kerana diorang sukakan korang kan? Jangan pula saling menyalahi. Diorang dah tersuka tanpa sengaja nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya ucaplah ‘terima kasih’ kerana sudi sukakan korang yang tak sempurna ni atau korang boleh suggest diorang untuk download Cintaku supaya diorang boleh move on.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *