Cemburu itu tandanya cinta atau sayang. Sound familiar? Tahukah korang sebenarnya cemburu adalah reaksi biasa yang terjadi apabila korang tak suka tengok pasangan korang bersama dengan orang lain. Korang rasa pasangan korang adalah hak milik korang sedangkan diorang pun ada life juga selain nak menghadap korang 24 jam. So, jangan salah sangka ya. Banyak tau pasangan yang putus gara-gara cemburu. Jangan kerana cemburu, hubungan binasa. Opss!
Cemburu hanya emosi negatif
Perasan tak korang selalu guna istilah ‘cemburu tanda sayang’ bila korang tengah bergaduh dengan pasangan. Jangan buat hal ya! Korang fikir dengan bagi ayat macam ni pasangan korang akan lembut hati seterusnya tunduk atau akur dengan keinginan korang, betul tak? Sekali dua mungkin strategi korang ni menjadi. Tapi kalau setiap kali bergaduh keluar ayat yang sama, kebahagiaan yang korang kecapi sekarang tak akan bertahan lama. Percayalah!
Baca juga: Tujuh Tanda Utama Si Dia Kaki Cemburu
Menurut apa yang sis baca dekat psychologytoday.com, sifat ini adalah masalah utama dalam perhubungan dan berpotensi menjadi masalah yang lebih besar tau. Cemburu ni selalu dikaitkan dengan tingkah laku dan emosi seseorang. Yelah, bila ia menguasai diri mulalah korang tiba-tiba jadi moody, posesif, cepat berasa cemas dan selalu membayangkan perkara yang bukan-bukan. Dalam erti kata lain, sifat ni hanya emosi negatif semata-mata.
Bila wujudnya persoalan-persoalan macam ni, korang akan rasa pasangan korang bukanlah yang terbaik. Lepas tu, korang rasa takut setiap kali memikirkan tentang hubungan korang, rasa diri tak layak untuk pasangan atau pasangan tak lagi cintakan korang dan tak mampu lagi nak mempertahankan hubungan sehinggakan memilih meninggalkan pasangan. Alamak, parah ni!
Jadi, macam mana nak atasi?
Tak dinafikan tak banyak orang yang nak mengaku bila diorang tengah cemburu. Bahkan, kalau korang tanya diri sendiri pun susah nak mengaku kan? Well, masing-masing ada ego guys. Apa yang penting ialah kalau korang sejenis yang kuat cemburu itu maknanya korang ada trust issue. Tak kiralah dengan diri sendiri atau dengan pasangan.
Sepatutnya dalam fasa menjalinkan hubungan korang kena saling memberi sokongan dan sering memberikan yang terbaik kepada pasangan. Tak salah kalau korang beralah sikit. Sekali sekali cuba pendamkan api kecemburuan tu dan perlu sentiasa ingat selagi pasangan korang belum sah menjadi milik korang, diorang berhak untuk diberikan kebebasan. Diorang pun nak juga ruang untuk ada me time.
Selain itu, jangan bagi reaksi bila pasangan tengah cemburu. Biar diorang reflek diri kenapa diorang tengah cemburu. Penting untuk korang mengenal pasti sebab kenapa ia terjadi. Korang akan lebih rasional bila korang sedar yang sebenarnya korang hanya cemburu tak bertempat.
Fikir sejenak adakah korang ni taksub kepada pasangan? Yelah, korang tak ada benda lain ke nak fokus dalam rutin harian korang. Kalau korang sibuk uruskan hal yang berkaitan minat korang sudah tentu korang tak banyak masa untuk fikirkan pasangan. Ini tidak, korang rasa orang sekeliling berpotensi rosakkan hubungan korang pula.
Kalau susah sangat nak kawal emosi tu, tanya face-to-face dengan pasangan. Dengan cara ni, semua yang korang pendam atau curious boleh korang ketahui jawapannya dari mulut pasangan sendiri. Ini lebih baik daripada terus cemburu buta bukan?Apapun, jangan malu untuk dapatkan bantuan pakar jika korang cemburu sampai tahap yang boleh buat bukan-bukan tau. Sekurang-kurangnya cara ni dapat beri ketenangan dalam diri dan mampu meleraikan kekusutan dalam diri korang tu. So, siapa ahli Cintaku dekat sini yang pernah ditinggalkan gara-gara sifat ni? Komen sikit!