Tips & Advice

Betul Ke Tak Salah Berkawan Dengan Ex? Ini Sisi Positifnya!

Bercinta punya lama tiba-tiba putus! Putus dengan cara yang tak profesional pula tu. Walau bertahun berlalu mesti korang masih tak dapat lupakan kenangan buruk tu. Siap masukkan nama diorang dalam senarai musuh abadi korang dah. Fuhh! Tapi adatlah bercinta ada pasang surutnya. Kalau berkahwin pun boleh bercerai apatah lagi bercinta yang belum ada ikatan apa-apa. Tapi kalau korang yang putus cara baik tu, apa alasan korang tak berkawan lagi dengan ex ya? Tahu tak berkawan dengan ex ni sebenarnya ada sisi positifnya. Janganlah asyik ingat negatif je. Jom teruskan membaca!

Senang Move On

Penasihat hubungan, Gurpreet Singh ada berkata bahawa pengalaman masa lalu kalau tak dilepaskan akan membuatkan korang susah nak move on. Maksudnya dekat sini kalau korang tak memaafkan antara satu sama lain boleh membuatkan korang ni berdendam dengan ex sampaikan susah nak mulakan hubungan yang baru. Tapi kalau korang berkawan dengan ex korang kehidupan korang akan jadi sebaliknya. Bila hidup tak diselubungi masalah atau hidup tanpa stres mestilah akan lebih bahagia. Tak gitu?

Baca juga: Adakah He’s or She’s The One? Korang Wajib Tanya Soalan Ini!

Tak Jadi Buah Mulut Orang

Bila korang bercinta dulu mesti kawan dia jadi kawan korang, saudara dia jadi saudara korang, keluarga dia pun jadi keluarga korang kan? So, kalau korang masih berkawan hubungan silaturahim ni akan berkekalan. Tak ada lah korang dengar cerita yang tak baik fasal korang dari kawan, saudara atau ahli keluarga diorang. Tapi kalau korang masih berdendam? Korang nak ke dengar ‘team ex’ korang cakap itu ini tentang korang sampaikan bila berselisih bahu pun muka masam mencuka. Buat-buat tak kenal konon. Padahal masa bercinta kemain lagi rapatnya. Orang kata dinding pun boleh bercakap tau.

Ex antara orang yang faham korang

Suka atau tak, terimalah bahawasanya ex korang adalah antara orang yang faham korang selepas keluarga dan bff korang. Dah pernah bercinta mesti tahu apa yang korang suka apa yang korang tak suka. Baik korang. Buruk korang. Senang cerita banyak bendalah! Kalau berkawan dengan diorang, korang boleh jadi diri sendiri dengan diorang. Korang bebas bercerita banyak benda dengan ex korang. Mana tahu, ex korang pun terkejut rupanya ada sisi lain yang diorang tak pernah nampak pun dari korang sebelum ni. Sedikit sebanyak terjawab juga salah faham korang yang sebelum-sebelum ni. Manalah tahu.

Ex Adalah Penasihat Terbaik Dalam Percintaan

Kalau dah berkawan mesti korang akan reflect balik kekurangan diri. Mustahil bila dah berbaik sebagai kawan, korang tak ada rasa ingin tahu betul tak? Mesti tertanya-tanya punyalah apa sebab korang putus. Mana ada orang yang tahu penyebabnya kalau bukan ex korang. Masa nilah korang kena tahu supaya korang tak lakukan benda yang sama dekat girlfriend/boyfriend baru. Silap-silap diorang ni yang jadi penasihat terbaik untuk hubungan korang yang seterusnya tau. Well, tak salah jadikan diorang sebagai rujukan percintaan. Nama pun nak belajar dari kesilapan. Dalam hubungan ni bukan kita je yang selalu betul. Dah namanya pun manusia.

Baca juga : Tujuh Tanda Utama Si Dia Kaki Cemburu

Korang Menjadi Lebih Matang

Tak dinafikan memang susah nak berkawan balik dengan ex bila perasaan ego masih menebal dalam diri. Bila tengok muka ex teringat balik emosi masa korang putus dulu. Perghh, makan bulan nak lupakan dia beb! Tapi once korang dapat terima diorang sebagai kawan sebenarnya satu achievement untuk diri sendiri juga. Yes, korang dah matang. Bukan tu je, korang adalah orang yang kuat dan cukup dewasa sebab boleh kawal emosi korang. Tahniah ya!

Apapun, kalau korang dah ada cinta baru make sure minta izin dulu kalau nak berkawan dengan ex. Takut jadi kes lain pula. Yang tak ada tu tak apalah. Tak semestinya kalau dah berpisah tak boleh nak bercakap langsung kan. At least tanyalah hidup lagi ke dah mati. Tambah kawan itu kan lebih baik dari tambah musuh. So, why not mula cari kawan baru dekat Cintaku sekarang. Mana tahu terus jadi cinta baru. Phewit! Download lah sekarang di App store dan Google Play dan daftar sekarang!

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *