For WomenTips & Advice

OMG! Ini Alasan Kenapa Kena Elak Suka Suami Orang

Zaman sekarang banyak sangat cerita tak best yang sis dengar lebih-lebih lagi yang melibatkan suami orang. Ada yang kata benda kalau dah melibatkan perasaan ni kadang sukar dikawal tapi still pilihan terletak kat tangan korang. Kalau dah tahu lelaki yang korang sukakan tu suami orang janganlah diteruskan perasaan tu. Hentikan sahaja, banyak lagi lelaki single dekat luar sana. Berkeras dengan perasaan korang bukan je menjejaskan orang lain tapi diri korang sendiri. Tak percaya? Ini antara alasannya!

Belum Tentu Dia Cintakan Korang

Cuba fikir balik agaknya suami orang yang korang suka tu kahwin dengan isteri diorang sebab apa? Sudah semestinya kahwin atas dasar cinta. Kalau tak cinta kenapa diorang pilih isteri diorang untuk dijadikan sebagai peneman hidup. Lelaki tak akan sesuka hati melamar seseorang kalau diorang sendiri tak yakin okey. So, untuk apa korang habiskan masa pada orang yang sudah punya cinta mati. Korang angau fikirkan suami orang tiap malam tapi diorang belum tentu fikirkan korang. Entah-entah tengah main dengan anak dekat rumah tak pun bermanja dengan isteri dekat sebelah. Tak kesian ke dekat diri sendiri?

Baca juga: Elak Ditipu Ketika Online Dating, Wajib Semak Dulu Perkara Ini!

Dianggap ‘Perampas’

Katakanlah korang berjaya menjalinkan hubungan dengan suami orang tapi sampai mana je hubungan korang tu boleh pergi? Sedar tak korang ni sebenarnya ‘pihak ketiga’ atau lebih dikenali sebagai perampas je dekat mata semua orang. Seronok ke ada hubungan yang hasilnya dari penderitaan orang lain. Fikir sikit diorang ada isteri ada anak. Macam mana hati isteri diorang? Macam mana pula hati anak yang akan kehilangan ayah? Korang kena ingat kalau suami orang tu boleh tinggalkan keluarga demi korang tak mustahil diorang boleh tinggalkan korang pula lepas ni. Jangan disebabkan cinta, sel-sel otak korang tak berhubung. You deserve better and you better than this girls!

Hubungan Tak Pernah Tenang

Adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak kisah dengan suami orang ke bukan, sama je semua. Ada masa korang akan bertengkar juga dengan diorang betul tak? Masa ni memang tak duduk diamlah korang. Lebih-lebih lagi asal bergaduh je diorang selalu bandingkan isteri dengan korang bertambah tak tenanglah hidup korang. Macam-macam persoalan bermain dekat kepala. Paling takut kalau-kalau diorang putuskan hubungan dengan korang dan kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak. Well, dah nama pun keluarga. So, tak berbaloi pun korang nak ada hubungan macam ni dengan suami orang. Buat apa seksa hati korang dekat orang macam ni. Kalau ada suami orang yang mendekat dengan korang dah boleh cakap thank you, next!

Baca juga: Kawan Baik Lelaki Sukakan Korang, Take Note Tanda Ini Girls!

Bahagia Hanya Sementara

Bila tengah bercinta korang akan rasa koranglah orang paling bahagia dalam dunia ni. Dunia ni bagai hanya ada korang dan diorang. Excuse me! Bahagia ke dengan hubungan bersama suami orang yang dianggap terlarang ni? Jangan yakin sangat dengan hubungan yang tak pasti ni. Tak mustahil diorang akan bosan dengan korang sekaligus cari ‘perampas’ yang baru. Rasanya ramai yang akan membantah dengan hubungan korang dengan suami orang ni termasuklah orang disekeliling korang. Jangan disebabkan diorang korang hilang kawan ya. Masa tu barulah korang rasa bersalah sebab pernah cuba hancurkan rumah tangga orang. So, sentiasa ingat rasa bahagia sementara bersama suami orang tu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan rasa bersalah yang korang kena tanggung dikemudian hari. Hati-hati!

Apapun, sekiranya hubungan yang terjalin direstui oleh keluarga dan isteri diorang maka sis nak ucapkan tahniah kepada korang. Semoga korang boleh jadi isteri yang baik dan selamat menjalani kehidupan bermadu. Bagi korang yang belum ada calon tu sempat lagi nak cari jejaka-jejaka dekat cintaku sekarang. Yang penting masih single ye. Eh!

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *