For MenFor WomenTips & Advice

Elak Ditipu Ketika Online Dating, Wajib Semak Dulu Perkara Ini!

Dalam musim pandemik ni memang korang akan banyak habiskan masa dekat rumah. Nak keluar lepak sambil cuci mata pun dah tak semudah dulu. Bosan je mesti korang main game, bosan je scroll dating apps, bosan lagi terus je install Cintaku kat telefon Android atau Iphone korang. Eh?! Tak dinafikan, aplikasi cari kawan baru ni bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pilih je mana korang nak. Tak salah nak join. Yang salahnya bila korang senang sangat ditipu. Bukan ke dari zaman ‘Friendster’ lagi dah wujud kawan alam maya? So, semak dulu perkara ni secara detail kalau nak elak ditipu ya.

Semak Gambar

Sentiasa waspada bila cari kawan ataupun cinta dekat alam maya ni. Korang kena ingat selagi tak jumpa depan mata jangan percaya yang diorang adalah orang yang sama macam dalam gambar tu. Apa yang korang perlu buat ialah manfaatkan Google Image sepenuhnya. Kalau gambar tu ada dimana-mana atau banyak dipaparkan dengan nama yang berbeza, maknanya memang sah scammer dan korang hampir ditipu. Kadang diorang ni licik sebab curi gambar orang lain jadikan gambar sendiri. Dah nama pun penipu memang banyaklah idea nak menipu orang kan. Ingat, korang jangan sesekali jadi orang yang pantang nampak mata biru sikit, ayat manis sikit terus cair. No! No! No!

Baca juga: Online Dating: Red Flag! Elak Jika Jumpa Lelaki Jenis Ini

Cuba Telefon atau Video Call

Normal bila dah selesa sikit diorang akan ajak korang sembang dekat platform lain. Diorang akan bagi nombor telefon supaya senang nak sembang lebih. Bila dah syok semua benda pun korang lupa nak buat. Diorang bagi nombor telefon oversea pun korang percaya je. Alasannya, diorang bekerja luar negaralah, nombor telefon sementaralah, semua korang percaya. Once dapat nombor pelik tu cuba suruh diorang call ataupun video call korang. Dengar dulu suara diorang supaya tak ditipu atau terus jeajak video call. Betul ke orang Malaysia atau orang asing? Modus operandi diorang ni biasanya sama je dari dulu. Diorang sebolehnya akan elak bercakap telefon atau video call. Tak percaya cuba call balai tanya.

Semak Media Sosial

Alang-alang dah bagi nombor telefon mana mungkin korang terlepas minta akaun media sosial diorang. Dengan cara ni sebenarnya korang boleh check jumlah pengikut diorang atau cara diorang berkomunikasi dengan pengikut diorang. Senang cerita korang boleh perhati gerak geri dan tingkah laku diorang dekat media sosial. Tengoklah sama ada apa yang diceritakan tu seiring tak dengan apa yang ada dekat media sosial diorang. Biasanya diorang ni tak ada akaun pun. Kalau ada sekalipun mesti baru je buat sebab nak cover line. Lagi satu, media sosial seperti Instagram dan Twitter ada feature yang korang boleh check bila tarikh akaun tu dibuat. Teruskan rasa suspicious korang tu bagi elak ditipu scammer macam ni.

‘Masukkan Duit’ – Awas ya!

Dengar point ni pun dah menyirap. Ingat senang ke nak dapat duit musim-musim pandemik ni. Duit bukan turun daripada langit! Tiba-tiba dapat mesej diorang suruh masukkan duit dah kenapa? Korang dah besar mesti boleh fikir bahawa yang korang bakal ditipu. Janganlah sebab dah suka jadi buta. Si penipu biasanya akan mula modus operandi emotional connection dekat korang. Bermula dengan mengayat korang seterusnya kepada cerita sedih diorang sampai korang pun kesian. Sedar tak sedar duit pun dah habis dan korang pun dah ditipu. Ada juga yang bagi alasan nak belikan korang hadiah lepas tu hadiah tu tersadai dekat airport dan nak kena bayar jumlah tertentu untuk claim. Ish nampak sangat menipu!. 

Baca juga: Ragu-Ragu Untuk Mulakan Hubungan? Ini Sebabnya!

Terlalu Sempurna

Ada rupa, kerja dah bagus, ada rumah, ada kereta tapi tak ada cinta hati. Alasan tak jumpa pasangan sebab tak ada yang sudi. Sesuatu sangat! Rasanya kalau terlalu sempurna macam ni tak perlu guna dating apps pun orang beratur ‘isi borang’. Tipulah kalau sikit pun korang tak rasa ada yang tak kena dengan diorang saat tu. Bagus, percaya pada instinct korang tu ya jadi tak mudah untuk korang ditipu. Lagi satu jangan senang sangat kongsi data-data peribadi dengan diorang dan teruskan pencarian pada orang ‘sebenar’. Kalau rasa suspicious, move on je. Dekat Cintaku banyak lagi pilihan lain.

Apapun, kalau semua tu korang dah semak tapi tiada tanda-tanda yang diorang ni penipu. Silalah ajak berjumpa untuk yakinkan lagi bahawa korang tak akan ditipu. Tapi pastikan jumpa dekat tempat orang ramai ya. At least, lebih selamat. Kalau betul diorang serious dengan korang, sibuk mana pun mesti diorang akan cari masa untuk jumpa. Jangan risaulah, jodoh korang ada dekat luar sana tu. Sesat lagi kot!

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *