Tips & Advice

Sunyi Ketika PKP? Boleh Cuba Lima Aktiviti Ini!

Timbulnya rasa sunyi ni kebanyakan datangnya daripada golongan single lah kan. Lagilah sekarang ni dah kena lockdown, bertambah sunyilah lagi kena duduk rumah. Aik, rasanya zaman digital ni tak ada alasan kalau korang kata korang kesunyian. Dengan adanya media sosial, korang boleh cari kenalan baru dan berkomunikasi menerusi ruangan komen atau chatting. Bahkan korang boleh lakukan setiap minit, setiap jam atau setiap hari. Tapi, kalau dah chatting pun masih rasa sunyi apa kata lakukan perkara ni dulu.

Sertai banyak group chatting

Mustahil rasanya kalau sebuah group di aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram sunyi sepi. Kadang-kadang satu group tu ada puluhan dan ratusan orang. Kalau weekend pun group tempat kerja korang boleh berbunyi apatah lagi group yang hanya untuk bersembang semata-mata. Tak kisahlah group dari orang yang korang kenal atau sebaliknya. Group macam ni kadang-kadang bagi kita topik untuk dibualkan. Kisah suara terkucil atau si polan berkahwin buat kali ketiga pun boleh jadi perbincangan tau. Bukan tu je, bila dah sertai group-group ni barulah korang sedar masih ada lagi insan lain yang turu rasat sunyi. Korang tak keseorangan ya.

Hubungi orang tersayang

Tak semestinya kalau korang tak ada pasangan, korang tak ada orang yang korang sayang. Boleh jadi orang tu kawan baik korang, keluarga atau rakan sekerja yang rapat dengan korang. Korang boleh juga cuba hubungi semula kawan-kawan lama yang sudah lama tak berjumpa untuk bertanya khabar. Selain keluarga, kawan lama adalah orang yang sesuai untuk diajak bersembang. Banyak hal yang korang boleh update sesama sendiri sambil hilangkan rasa sunyi tu. Mana tahu kawan lama korang pun teringatkan korang, rindukan korang sekaligus ada perkara yang ingin diluahkan.

Baca ini juga: Enam idea ‘Virtual Date’ Boleh Cuba Kala Covid-19

Baca buku kegemaran

Mungkin korang boleh cuba aktiviti lain seperti membaca buku. Mungkin korang ada senarai buku yang ingin dicari dan inilah masanya. Korang boleh selesaikan misi mencari buku korang tu dan menghabiskan buku tu di bilik korang je. Baca buku adalah salah satu aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan tau. So, baca buku adalah pilihan yang tepat kalau korang nak ‘bunuh’ waktu dan mengalihkan perhatian terhadap perasaan sunyi korang tu.

Lakukan Aktiviti Baru

Korang sedar tak di musim pandemik ni ramai antara kita yang tak boleh nak mengikuti aktiviti luar khususnya yang menyihatkan badan seperti berbasikal, hiking dan banyak lagilah. Jadi ketika pandemik nilah korang boleh ambil peluang bertukar angin dengan aktiviti yang tak pernah korang cuba sebelum ni. Misalnya, masuk kelas tarian, nyanyian, bahasa atau kraftangan dalam talian. Bergabung dalam aktiviti seperti ni boleh menjadi alternatif untuk korang dikala kesunyian. Selain dapat mengisi rasa bosan, korang boleh juga dapat pengalaman baru dan mungkin juga kenalan baru. Apa aktiviti sekalipun pastikan korang ikut peraturan yang ditetapkan sebab kita masih belum menang tau.

Jumpa Kawan Dalam Talian

Tak sah kalau tengah bosan kawanlah yang kita akan cari. Berjumpa dengan kawan selalu menjadi time-killer yang sangat menyeronokkan. Mana taknya, korang boleh ajak café hunting, playing tourist dekat tempat sendiri atau tengok wayang bersama-sama. Tapi bila dah lockdown ni, macam mana nak keluar kan. Korang boleh cuba menonton movie secara maraton dekat rumah je dengan kawan-kawan melalui Teleparty. Bukan itu je, korang boleh ajak kawan buat aktiviti lain seperti baking, tarian, bersenam dan banyak lagi aktiviti secara dalam talian. Mesti seronok dapat buat aktiviti bersama walaupun hanya dalam talian. Kuranglah sikit rasa sunyi tu.

Apapun, banyak je perkara yang korang boleh lakukan disaat rasa sunyi korang mula menerpa. Antara korang nak buat atau tak mahu buat je. Tapi kalau korang dah buat semua aktiviti ni dan masih rasa sunyi, itu tandanya korang perlukan pasangan sebenarnya. Tak perlu buang masa buat aktiviti ni semua, yang korang perlu buat ialah muat turun aplikasi Cintaku sekarang. Ramai yang sunyi tunggu korang tu. Hiks!

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *