For MenTips & Advice

Lima Hint Perempuan Suka Lelaki Dalam Diam

Bila cakap pasal perasaan, lelaki antara yang paling susah untuk paham perempuan. Lelaki dianggap ‘clueless’ dan tidak pernah paham isyarat atau bahasa tubuh yang wanita beri pada mereka.

Tetapi bukan semua yang cuba mendekati ada menyimpan perasaan pada korang. Ia mungkin hanya kerana mereka selesa menjadikan korang sebagai teman. Jangan salah anggap pula. Jadi Cintaku nak kongsi tip untuk para lelaki macam mana nak tahu sama ada si dia ada menyimpan perasaan pada korang atau tidak

Baca juga: Enam idea ‘Virtual Date’ Boleh Cuba Kala Covid-19

Dia Rasa Korang Kelakar

Salah satu tanda utama ialah mereka akan ketawa pada lawak korang walaupun ianya sebenarnya tidak kelakar. Itu adalah sebahagian bahasa tubuh yang menunjukkan bahawa mereka sukakan korang. Mungkin lelaki akan lihat ini sebagai satu senario biasa untuk seseorang ketawa apabila buat lawak. Namun cuba lihat si dia akan tertawa setiap kali kamu membuka mulut. 

Nada Suara Berubah

Tanda kedua yang boleh korang lihat ialah nada suara si dia. Ada penyelidikan yang tunjuk bahawa perubahan nada suara adalah tindakan semula jadi manusia ketika mahu bercinta. Cuba buat perbandingan nada suara si dia ketika korang hanya berduaan atau ketika dia bercakap dengan rakannya. Sekiranya suaranya berubah menjadi lembut dan ‘huskier’, itu mungkin adalah tanda bahawa dia mempunyai perasaan terhadap korang.

Cuba Berkomunikasi Secara Kerap

Apabila seseorang menyukai korang, mereka akan berminat untuk mengenali korang dengan lebih lanjut. Si dia harus menjaga komunikasi dengan korang untuk melakukan itu. Percaya atau tidak, sesuatu yang mudah seperti teks ‘Selamat Pagi’ dapat menunjukkan bahawa si dia mempunyai perasaan yang mendalam terhadap korang. 

Korang juga boleh melihat dari cara si dia menghantar pesanan. Contoh adakah dia hanya jawab soalan korang dengan hanya satu patah perkataan atau berusaha untuk beri jawapan yang nampak bijaksana. Sekiranya dia selalu berhubungan dengan korang dengan jawapan yang bernas, itu tanda bahawa dia berminat dengan korang.

Rakannya tahu Mengenai Korang

Jika si gadis menyukai korang, rakan-rakan baiknya pasti akan tahu tentang diri korang. Perempuan akan bercerita segalanya kepada rakan baik mereka. Tandanya jika dia memperkenalkan korang kepada rakannya ini bermaksud dia melihat masa depan bersama korang. Ini juga bermakna dia mahu meminta persetujuan daripada rakannya mengenai korang juga. 

Jika korang bernasib baik untuk diperkenalkan, perhatikan kelakuan mereka ketika berada di sekitar korang. Sama ada mereka memberikanlebih masa untuk bersendirian bersama si dia atau mendorong korang untuk bercerita tentang diri, lini bermakna bukan mereka sahaja sukakan kamu, tetapi mereka tahu si dia sukakan kamu. Jadi ambil perhatian jika ini berlaku.

Baca juga: Tidak Perlu Takut Untuk Bercinta Semula

Si Dia Makan Sedikit Dihadapan Kamu

Wanita cenderung untuk makan sedikit apabila berhadapan dengan seseorang yang mereka suka. Melalui satu kajian di Kanada, wanita akan kurang makan apabila berhadapan dengan lelaki berbanding apabila mereka bersama wanita lain.

Ketika keluar bertemu janji dengan pasangan, wanita lebih cenderung untuk dinilai oleh pasangan mereka lebih lagi jika melibatkan makanan. Jadi mereka lebih cenderung untuk makan sedikit ketika keluar kali pertama. Jadi jika dia makan sedikit besar kemungkinan dia mempunyai perasaan pada korang.

Jadi bagaimana? Ada atau tak ‘hint’ yang diberikan si dia pada korang? Jika ya, si dia mungkin menyimpan perasaan pada korang. Jika korang mempunyai perasaan yang sama tidak salah untuk memulakan langkah pertama daripada menunggu mereka untuk meluahkan perasaan pada korang. Perempuan selalunya mengambil masa yang lama untuk meluahkan perasaan mereka kerana mereka bimbang korang tidak memiliki perasaan yang sama kepadanya dan malu jika cintanya ditolak. Jadi untuk guys yang belum lagi jumpa wanita idaman korang boleh log masuk Cintaku sekarang. Tak semestinya untuk mencari cinta je. Nak mencari rakan baru pon boleh!

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *