Lelaki yang selalu mendapat jolokan bad boy mungkin akan nampak negatif dimata kebanyakan orang. Tapi sebenarnya banyak je wanita yang susah nak tolak ajakan dating dari lelaki yang dilabel bad boy ni. “Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni.” – ayat ni korang akan dengarlah bila keluarga korang tak setuju dengan pilihan hati korang. Kalau betullah bad boy ni lelaki jahat, mana mungkin wanita-wanita kat luar sana boleh terpaut, betul tak? Mesti ada pesona diorang yang tersembunyi. So girls, apa alasan korang? Kongsi sikit!
Tak Membosankan
Bukan nak kata lelaki yang baik ni membosankan. Cuma, kadang-kadang dalam perhubungan kena ada juga naik turun ibarat roller-coaster dan tidak mendatar je. Lelaki yang baik biasanya akan dengar kata pasangan, beri perhatian sepenuhnya atau bersikap romantis terhadap pasangan. Apa yang lelaki buat ni memang akan jadikan hubungan cinta korang sentiasa stabil tapi pada masa yang sama agak membosankan. Sebenarnya, wujud je wanita yang tak mahukan semua ni. Yang mereka perlukan ialah lelaki yang fleksibel, tegas dengan pendirian, bebas mengekspresikan diri dan tahu nak memimpin. Sifat-sifat ni pula banyak ada pada bad boy sebab itulah agaknya wanita rasa diorang lebih menarik berbanding daripada good boy.
Baca Juga : Adakah He’s or She’s The One? Korang Wajib Tanya Soalan Ini!
Personaliti Diri
Dah nama pun bad boy so kalau diorang tak suka sesuatu tu diorang akan cakap perkara yang sebenar dekat pasangan. Kadang kata-kata yang keluar dari mulut seorang bad boy ni memang agak pedih tapi itulah watak mereka. Personaliti bad boy yang jadi diri sendiri ni memang disukai oleh wanita. Sesetengah lelaki percaya yang diorang kena jaga hati pasangan bila tengah bercinta. Bukanlah nak kata tak perlu jaga perasaan pasangan tapi jangan semua korang ya kan je. Busuk kata wangi, buruk kata cantik. Diorang kalau boleh nak jadi lelaki yang terbaik dekat mata pasangan. Lelaki yang mengaku baik ni, tak adalah sebaik yang korang sangkakan. Orang kata baik ada makna dan makna tu semata-mata nak dapatkan cinta korang je. Wanita paling tak suka benda ni sebab takut nanti lepas kahwin baru akan nampak perubahan dalam diri lelaki macam ni. Well, secara logiknya mana ada pencuri mengaku diri diorang pencuri kan?
Rasa Selamat
Wanita mahu rasa selamat tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Lebih-lebih lagi wanita yang sering terdedah dengan ancaman. Wanitakan selalu dianggap golongan yang lemah jadi diorang perlukan seorang lelaki yang boleh melindungi diorang. Biasanya perwatakan dan penampilan bad boy ni nampak macam ada skill berlawan. Mungkin juga mindset kebanyakan wanita yang bad boy ni mesti kuat bergaduh. Orang kata ada ciri-ciri ‘abang kawasan’ sikit. Maka, wanita pun akan lebih tertarik untuk mendekati dengan lelaki macam ni. Tapi, sis rasa selayaknya semua lelaki patut ada ilmu berlawan tau. Barulah dapat melindungi pasangan atau keluarga. Korangkan bakal jadi ketua keluarga tak lama lagi.
Lakukan Perubahan
Ada juga wanita yang rasa terpanggil untuk mengubah bad boy kepada good boy. Yelah, mungkin diorang adalah kenalan dan wanita tu tahu kisah-kisah yang menyebabkan lelaki yang dilabel bad boy ni jadi macam tu. Atas dasar simpati dan empati, wanita mungkin tak sedar yang diorang dah beri perhatian lebih terhadap lelaki bad boy ni. Diorang percaya dengan berada disisi dapat merubah tingkah laku bad boy ni sedikit demi sedikit. Dalam erti kata lain, cinta mampu ‘memperbaiki’ diorang. Bukan tu je, ada wanita yang ingin membuktikan bahawa bad boy ni bukanlah orang yang jahat dan biasanya diorang mahu buktikan kepada ibu bapa yang tak merestui hubungan diorang. Ingat ye, manusia boleh berubah!
Apapun, tak semua wanita tertarik pada bad boy dan bukan semua lelaki macamni sesuai dijadikan pasangan. Ia bergantung kepada citarasa masing-masing dan macam mana cara korang handle hubungan dan pasangan korang. Kepada wanita yang nak pilih lelaki bad boy ni, agak-agaknya dekat Cintaku ni korang ada jumpa satu tak? Cari jangan tak cari tapi jangan sampai korang yang bertukar jadi bad girl sudahlah. Itu dah lain pula jalan ceritanya.