For Women

Lelaki Berhenti Text Secara Tiba-Tiba, Kenapalah Agaknya?

Apa perasaan korang bila text someone yang korang suka? Mesti korang jadi tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apalah yang diorang akan reply kan? Jangan risau semua orang tak lari dari perasaan excited macam ni. Tapi, kalau diorang ambil masa yang sangat lama untuk reply korang atau tiba-tiba senyap, kenapalah agaknya? Mesti tak senang duduk. Tak payah pening kepala sis, mungkin ini antara sebabnya.

Dah ada someone special atau girlfriend

Lelaki atau wanita sama je cara diorang reply text. Ada yang panjang lebar, ada yang sepatah korang tanya sepatahlah yang diorang jawab dan ada juga yang korang tak faham pun apa yang diorang tulis. Huish, unik sangat tu mesti budak Wechat. Opps! Dari cara diorang reply korang dah boleh agak dah yang diorang ni minat atau tak untuk berkawan dengan korang. Lebih teruk lagi bila diorang ni sebenarnya dah ada someone special atau girlfriend. Oh no! Biasanya mereka yang serious dengan pasangan dia akan berterus-terang dengan korang sebab diorang ni tak nak ada orang ketiga dalam hubungan. Kalau yang jenis buaya tu, tak payah explain dah kot sebab semua pun dia layan. Tapi, nak selamat korang tanyalah terus supaya perasaan tu tak semakin mendalam. Gitu!

Mula hilang minat

Tanpa sedar bila korang terlalu sukakan seseorang, perasaan ingin tahu tentang orang yang korang suka tu makin bertambah. Mulalah korang akan tanya banyak soalan kepada diorang. Sampaikan ada soalan yang buat diorang rasa tak selesa atau soalan tu terlalu cepat untuk diorang ni berkongsi dengan korang. Contohnya, belum ada apa-apa ikatan korang dah buka topik serious seperti perkahwinan atau soal anak-anak. Rileks lah korang, jangan terlalu terburu-buru. Bila korang kerap buat macam ni, diorang akan jadi malas nak layan text korang lepas tu hanya balas bila perlu sahaja dan terus hilang minat nak berkawan dengan korang tau. Hati-hati ya!

Ghosting

Ghosting sekarang dah jadi trend dalam perhubungan tau. Ghosting ni maksudnya hilang tanpa khabar berita, tanpa penjelasan atau tanpa kata putus ibarat ditinggalkan gantung tak bertali. Apa korang ingat orang yang dah berkahwin je boleh guna istilah gantung tak bertali? Hello, tak semestinya! Bila ada masalah atau dah fed up dengan korang, diorang rasa jalan ni paling mudah dan terbaik untuk mengakhiri perhubungan dengan korang. Bila diorang senyap tiba-tiba macam ni, diorang berharap yang korang akan faham maksudnya dan berhenti cari dan menghubungi diorang lagi. Tak bertanggungjawab betul!

Baca juga: Online Dating: Red Flag! Elak Jika Jumpa Lelaki Jenis Ini

Sibuk

Kadang-kadang kita wanita ni tak terlepas dari fikir yang bukan-bukan tapi sebenarnya diorang ni memang tengah sibuk dengan pelbagai urusan. Ada antara mereka ni yang benar-benar sukakan korang dan tak mahu abaikan korang. Kalau boleh hari-hari nak text korang. Cumanya, diorang ada kekangan lain iaitu urusan yang tak dapat dielakkan. Biasanya, bila urusan diorang dah selesai, diorang akan cari korang semula untuk jelaskan sekaligus meminta maaf sebab tak dapat nak reply text korang. Masa tu jangan pula korang merajuk tak bertempat. Maafkan sahaja, jangan bagi diorang bertambah sibuk nak pujuk korang lagi. Penat tau!

Bukan text person

Ada sesetengah lelaki ni bukan jenis yang suka atau reti text orang. Bukan korang je malah kawan lelaki dia sendiri pun dia tak text. Bagi diorang, telefon secara langsung ni lebih cepat, lebih jelas dan lebih mudah. Kalau jumpa lelaki yang macam ni janganlah terus cancel sebaliknya korang kena bersyukur sekurang-kurangnya boleh dengar suara orang yang korang suka ni setiap hari. Best apa! Tapi, kalau korang masih mahu dia text ajarlah perlahan-lahan supaya diorang lebih ‘mahir’. Ini kalau emoji pun dia tak tahu, memang parah!

Ada maksud tertentu

Bila korang rasa sunyi mesti korang mahu ada orang di sisi untuk luahkan masalah dan kongsikan cerita, betul tak? Macam tu jugalah lelaki yang sekadar text korang untuk isi masa lapang. Ada girlfriend tapi girlfriend pun busy habiskan masa dengan family or kawan baik dekat shopping mall. So, korang je lah option yang diorang ada. Ada juga yang berkawan dengan korang sampai sanggup text korang hari-hari semata-mata nak dapatkan no telefon orang yang diorang minat. Once dah dapat, memang senyap teruslah. Kalau jumpa lelaki macam ni, jangan syok sendiri dan buang masa layan diorang ya.

Baca juga: Ragu-Ragu Untuk Mulakan Hubungan? Ini Sebabnya!

Apapun sebabnya sis harap korang jangan berputus asa. Kalau ditakdirkan korang bersama, lari lah macam mana sekalipun pasti bertemu jua. Dan kalau sebaliknya, mungkin diorang ni bukan yang terbaik untuk korang. Perancangan tuhan tu kan sentiasa indah. Mana tahu yang terbaik tengah menanti korang dengan sabar kat luar sana. Mungkin yang terbaik tu tengah tunggu kat Cintaku. Pepatah perigi cari timba sekarang dah tak valid untuk kaum perempuan. Jangan tunggu lama-lama nanti yang baik kena kebas! Muat turun Cintaku dan daftar sekarang di App store dan Google Play!

Oleh Amira Razali

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *