For WomenTips & Advice

Online Dating: Red Flag! Elak Jika Jumpa Lelaki Jenis Ini

Dalam musim pandemik ni, Online Dating bukanlah sesuatu yang asing lagi. Zaman teknologi tanpa batasan telah banyak memudahkan manusia. Sekarang ni nak cari pasangan pun mudah! Semuanya berada di hujung jari. Tapi korang tetap kena berhati-hati kerana kita tak tahu siapa yang kita jumpa ketika online dating.

Untuk korang especially kaum wanita yang baru nak cuba online dating, pasti korang taktahu jenis lelaki yang patut korang approach atau tak. Siapa yang tidak layak sama sekali untuk dapat perhatian korang?

Jadi korang kena tahu dan aware dengan red flag dari awal kerana ia akan menjimatkan masa dan mengelak dari sakit hati (atau lebih teruk) di kemudian hari.

Apabila korang mula tertarik, ramai yang mula abaikan red flag yang ditunjukkan. Bagi mengelakkan ia daripada terjadi ambil nasihat team Cintaku dan jadikan sebagai panduan korang. Jangan abaikan tanda-tanda buruk sebaliknya sebelum ia menjadi lebih teruk, lebih baik korang cari jalan keluar dan jangan pandang belakang semula.

Baca juga: Tidak Perlu Takut Untuk Bercinta Semula

Jenis Minta Duit/Scammer

Ini antara red flag penting yang korang patut tahu. Jauhi hidup daripada lelaki yang meminta duit lebih lagi jika korang mengenalinya online. Kemungkinan besar lelaki ini adalah scammer.

Jangan sesekali korang beri wang kepada lelaki yang korang kenal di aplikasi temu janji. Kalau lelaki berkenaan meminta wang, korang kena stop bercakap dengannya. Pemangsa ini gunakan aplikasi online dating untuk gunakan wanita kesepian yang memerlukan perhatian dan mencari cinta.

Lelaki ini akan mengatakan apa sahaja untuk membina kepercayaan korang. Dia akan berusaha membuatkan korang jatuh cinta padanya. Itu semua adalah manipulasi untuk mendapatkan wang daripada korang. So, Jangan mudah terpedaya!

Si Mulut Manis

Tarikan pandangan pertama pada gambar korang? Sudah tentu. Tapi Cinta pandangan pertama? Hanya dengan melihat gambar korang? Tak mungkin. Pada awal mesej, dia sudah menyatakan bahawa sudah jatuh cinta pada korang. Kalau korang terpedaya, habislah! Tak pernah ada manusia jatuh cinta hanya pada gambar, profil atau dengan hanya mesej ringkas.

Hubungan cinta ambil masa untuk dibina dan kasanova seperti ini hanya cuba ambil kesempatan atas pasangannya. Mereka akan yakinkan bahawa dia benar-benar jatuh cinta pada korang dan kemudian menjalankan agenda tersembunyi mereka. Jadi, awas dengan lelaki seperti ini okay!

Kaki Control

Kalau korang terjumpa lelaki seperti ini lebih baik elakkan diri. Mereka ini jenis mudah marah dan senang merajuk. Kalau korang tak reply mesej, mereka akan merajuk dan merungut mengenainya. Ada juga jenis yang baru bertukar mesej selama 15 minit terus ajak berjumpa. Mereka akan terus memaksa sehingga korang setuju. Tak selesanya lelaki macam ni! 

Lelaki ini mungkin jenis suka kawal pasangan atau kuat cemburu. Atau, dia mungkin hanya ingin gunakan korang untuk hubungan yang singkat daripada menjalin hubungan yang serius. Jika seorang lelaki itu serius, dia akan ambil masa untuk mengenali korang dan beri peluang untuk korang untuk mengenali dirinya sebelum berjumpa,

Tidak Serius

Kalau korang perasan dalam profil aplikasi dating, ada bahagian yang perlu korang isi apa yang korang cari dalam hubungan. Kalau korang jumpa lelaki yang nyatakan dia tidak mencari sesuatu yang serius pada profil mereka, elakkan diri korang daripada mereka. 

Lelaki seperti ini hanya mahukan casual date atau bersuka ria. Mereka ni tidak mencari dan berminat dengan hubungan jangka panjang. Tetapi jika korang juga begitu tidak salah untuk cuba. Cuma jangan berharap korang boleh ubah pandangan dia.

Baca juga: Musim ‘Cuffing Season’ – Apa Maksudnya?

Gila Seks

Lelaki ini akan mulakan perbualan dengan ayat, “cantiknya body you”! Ini adalah red flag utama! Kalau ini terjadi, percayalah dia tak sabar nak hantar mesej ‘dirty’ pada korang. Lagi-lagi kalau mereka mula hantar gambar tak senonoh atau minta video bogel pada korang! Ewww!

Jika korang tidak selesa dengan mesej mereka, sebaiknya korang report sahaja profil mereka pada aplikasi dating. Sebaiknya elak daripada melayan lelaki jenis ini. Sudah tentu korang tahu apa yang mereka mahukan.

Haa bahaya tu kat mana-mana pun ada dan boleh jadi bila-bila masa. Tapi ini tak bermakna korang perlu takut untuk cuba online dating. Bukan semua lelaki jahat atau pervert. Korang yang nak cuba atau experience online dating boleh cuba Cintaku. Kot lah tersangkut sorang dan sampai ke jenjang pelamin.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *